KERTAS KERJA
KAJIAN TENTANG PELAJAR BERMASALAH
1.0 PENGENALAN
Kajian ini dirangka khusus untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang menyebabkan pelajar bermasalah. Setiap
hari kita akan disajikan dengan berita-berita kemerosotan tentang pelajar
bermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah. Hal
ini perlu diberi sepenuh perhatian supaya dapat mengatasi dan mengawal pelajar
bermasalah di sekolah menengah untuk memelihara serta menerapkan nilai-nilai
disiplin, supaya ia membantu meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran
pelajar.
2.0 Rasional
Mengetahui
faktor-faktor sebenar yang menyebabkan pelajar bermasalah di kalangan pelajar
sekolah menengah. Adalah diharapkan dapatan kajian ini akan dapat membantu
pihak sekolah mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pelajar
bermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah.
3.0 OBJEKTIF
Kajian
ini adalah merupakan satu kajian untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan faktor
- faktor yang mempengaruhi berlakunya pelajar bermasalah di kalangan pelajar
sekolah menengah di sekitar. Faktor – faktor yang dikenal pasti untuk dibuat
kajian ialah pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya, pengaruh sikap pelajar,
pengaruh guru dan pengaruh. Kajian ini juga untuk mengenal pasti faktor yang
paling dominan yang menyebabkan pelajar bermasalah di kalangan pelajar sekolah
menengah.
4.0
Sasaran
Semua pelajar tingkatan satu
5.0 Dapatan
kajian
Dilampirkan
6.0
KESIMPULAN
Secara
keseluruhan, semua faktor mempengaruhi pelajar
bermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah. Persekitaran kelas merupakan faktor
utama pelajar bermasalah. Seramai 74 pelajar menjawab YA untuk soalan no. 17
iaitu Kelas saya tidak ceria,
kotor dan bising. Faktor kedua ialah, perwatakan guru. Seramai 72 pelajar
menjawab YA untuk soalan no.5 iaitu saya bosan dengan pengajaran yang disampaikan
oleh guru di kelas dan faktor ketiga ialah peranan keluarga. Seramai 56 pelajar
menjawab YA untuk soalan no. Soalan 15 iaitu Ibu bapa saya paksa saya datang ke
sekolah
Disediakan
oleh,
____________________
EN.SAIRAN
BIN KASSAN
(GURU
BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
No comments:
Post a Comment