AMALAN DAN PUNCA MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR SMK
TUN TUAH
SATU KAJIAN UNIT PPDa DI SMK TUN TUAH, MELAKA
Disediakan oleh : Pn. Nuraima Ishak
1.0 PENDAHULUAN
Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.
Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya. Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:
2.1 Mengenalpasti adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah untuk merokok.
2.2 Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana pengaruh rakan sebaya
2.3 Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok

3.0 TEMPAT KAJIAN
Kajian ini dijalankan di SMK Tun Tuah, Melaka. Lokasi ini dipilih kerana pengkaji merupakan Guru Bimbingan & Kaunseling di sekolah berkenaan dan ini memudahkan pengkaji untuk mendapat respon dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan pihak pentadbir, oleh kerana sekolah ini merupakan sekolah tempat pengkaji bekerja, ia telah memudahkan urusan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian.
4.0 SAMPEL KAJIAN
Bagi tujuan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada 12 orang pelajar tingkatan 4 yang disenaraikan sebagai pelajar merokok dan direkodkan oleh badan disiplin sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling. Pelajar ini dipilih kerana mereka merupakan antara pelajar yang berisiko tinggi di sekolah dan pernah terlibat dengan kes merokok di sekolah. Rasionalnya sampel ini akan dapat memberi kerjasama yang baik dengan memberi maklumat yang dikehendaki dengan jujur. Mereka juga bersetuju dan relahati untuk dijadikan sampel oleh pengkaji.
5.0 KUTIPAN DATA
Bagi kajian ini, data dikutip melalui
kaedah soal selidik. Pengkaji akan pergi ke kelas-kelas sampel yang terlibat
untuk mengumpulkan sampel di satu tempat tertentu supaya mereka dapat mengisi
soal selidik dalam satu tempoh yang sama. Hal ini supaya dapatan yang
diperolehi adalah sama dan adil. Soal selidik yang dibuat melibatkan soalan
yang memerlukan sampel menjawab ya atau tidak.
6.0 DAPATAN KAJIAN
FAKTOR
KELUARGA MENJADI PUNCA PELAJAR SMK TUN TUAH MEROKOK
Dapatan kajian menunjukkan bahawa
sebanyak 58.3% pelajar yang merokok diketahui oleh ibu bapa atau keluarga.
58.3% sampel juga menyatakan bahawa ibu bapa mereka tidak melarang mereka untuk
menghisap rokok. Ini menunjukkan bahawa keluarga juga menjadi factor kepada
pelajar-pelajar untuk merokok. 58.3% sampel memberi jawapan bahawa kebanyakan
ahli keluarga mereka merokok dan 91.6% daripada sampel menyatakan hubungan yang
rapat antara mereka dengan keluarga. Hal ini menunjukkan keluarga merupakan
tauladan yang mudah dicontohi pelajar. Apabila mereka rapat dengan keluarga dan
sering melihat ahli keluarga yang lain menghisap rokok, ini secara tidak
langsung dapat mempengaruhi mereka untuk terjebak sama sebagai perokok.
FAKTOR
RAKAN SEBAYA MENJADI PUNCA PELAJAR SMK TUN TUAH MEROKOK
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 66.3%
sampel menyatakan bahawa rakan sebaya menjadi punca sebenar mereka merokok.
83.3% sampel menyatakan kebanyakan rakan mereka merokok dan 66.7% sampel
menyatakan bahawa mereka sering menghabiskan masa lapang bersama rakan. Hal ini
menunjukkan bahawa pergaulan yang kerap bersama rakan menjadi punca pelajar SMK
Tun Tuah merokok. 58.3% sampel menyatakan mereka mula merokok kerana ajakan
kawan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa factor rakan sebaya adalah punca utama
kebanyakan pelajar di sekolah menengah merokok.
FAKTOR
DIRI SENDIRI MENJADI PUNCA PELAJAR SMK TUN TUAH MEROKOK
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 66.7%
daripada sampel merokok hanya kerana suka-suka. 83.3% sampel mula merokok
kerana perasaan ingin tahu. 83.3% sampel menunjukkan bahawa mereka mempunyai
niat untuk berhenti merokok. Hal ini menunjukkan bahawa mereka merokok kerana
factor persekitaran dan mempunyai niat untuk berubah dan berhenti merokok.
Mereka juga tahu bahawa merokok boleh membahayakan diri mereka sendiri iaitu
66.7% sampel menjawab ya.
7.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
7.1 ADAKAH FAKTOR KELUARGA MENJADI PUNCA PELAJAR
SMK TUN TUAH MEROKOK?
Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor keluarga memang mendorong pelajar merokok. Kesibukan ibubapa mencari nafkah menyebabkan perhubungan mereka menjadi renggang. Keluarga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak supaya tidak terdedah kepada anasir luar. Pengabaian dari segi kasih sayang menyebabkan anak-anak mencari alternative lain untuk mengisi kekosongan jiwa mereka, lantas mereka cari orang lain yang boleh mendengar masalah mereka dan berkonsi masalah. Keluarga yang tidak mengambila tahu pergerakan harian anak-anak menyebabkan anak-anak bebas melakukan aktiviti yang tidak seharusnya. Keluarga tidak melarang atau member ansihat yang berguna sebagai panduan untuk anak-anak mereka menyebabkan mereka mudah terjebak kerana tiada garis panduan daripada keluaraga.

7.2 ADAKAH FAKTOR RAKAN SEBAYA MENJADI PUNCA
PELAJAR SMK TUN TUAHMEROKOK?
Hasil kajian yang dibuat terbukti yang pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang besar dalam amalan menghisap rokok di kalangan pelajar. Berkawan dengan rakan sebaya yang mempunyai masalah iaitu sebagai ringkasnya tidak pandai memilih kawan menyebabkan mereka hanyut bersama dalam keseronokan. Mereka akan rasa bebas dan yakin melakukan sesuatu dalam kelompok yang ramai tanpa rasa takut atau bimbang. Mereka akan membrontak jika ditegur, dan mereka rasa senang apabila berada didalam kelompok mereka.

7.3 ADAKAH
FAKTOR DIRI SENDIRI YANG MENDORONG PELAJAR SMK TUN TUAHMEROKOK?
Sikap pelajar sendiri adalah faktor utama yang mendorong mereka terlibat dengan merokok. Mereka tidak membina tembok untuk memisahkan dari gejala negatif menyebabkan mereka mudah terjebak dalam aktiviti kurang sihat seperti merokok. Jika diri mereka mempunyai perisai pertahanan yang boleh menahan godaan dari gejalan negatif nescaya mereka selamat. Sikap mereka yang sentiasa ingin tahu dan mencuba tanpa memikirkan baik buruk menyebabkan mereka terjebak. Mereka tidak pandai memilih kawan yang boleh membawa kebaikan diri mereka. Sikap mereka yang tidak acuh kepada nasihat orang yang lebih tua menyebabkan mereka hanyut tanpa haluan.

8.0 CADANGAN
Kajian ini yang bertujuan untuk mementukan faktor yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok supaya sesuatu langkah dan tindakan boleh diambil untuk mengatasi atau mencegahnya daripada terus berkembang. Gejala ini kalau dibiarkan ia akan menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah, masyarakat dan Negara. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan penagih dadah adalah berpunca dari amalan merokok diperingkat remaja.
Kajian seperti ini perlu dijalankan keatas sampel yang lebih besar agar mendapat input yang lebih baik dan berkesan. Seharusnya kajian ini juga berterusan keatas sampel yang sama supaya dapat melihat perkembangannya sebagai pedoman kepada semua. Mungkin akan berlaku perubahan apabila mereka meningkat umur kematangannya.
Begitu juga hasil kajian ini dapat member cadangan kepada pihak sekolah agar :
1. Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan lagi supaya pelajar merasakan merokok adalah satu perbuatan yang hina dan keji yang merosakkan diri sendiri.
2. Hubungan sekolah dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat suapay dapat berganding bahu membanteras amalan merokok ini dari teru menjadi penyakit dalam masyarakat.
3. Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai atau yang terjebak akan merasakan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.
9.0 KESIMPULAN
Kegiatan merokok di kalangan remaja
merupakan masalah serius yang wujud di semua tempat tidak kira di sekolah,
rumah atau di mana-mana. Amalan ini berkait rapat dengan perkembangan masalah
sosial dan jenayah dalam negara. Jika perkara akar umbi ini tidak dibanteras
segera, dibimbangi suatu hari nanti ia menjadi barah yang tidak dapat diuabati
lagi. Jika perkara ini berlaku ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri
pelajar itu sahaja tetapi ia menjejas kan semua. Negara akan menjadi mundur
kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai dalam keseronokan berpanjangan tanpa
melihat kemajuan yang telah dicapai oleh negara lain.
Secara keseluruhan dapat dirumuskan
bahawa faktor keluarga menjadi penyebab responden memulakan tabiat merokok,
sementara faktor rakan sebaya menjadi pendorong atau pemankin untuk responden
meneruskan tabiat ini.
Pendapat ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Manusia itu dilahirkan dengan fitrah (tabiat atau potensi yang baik). Hanya ibu bapanyalah (alam sekitar) menyebabkan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau menjadi Majusi”

No comments:
Post a Comment