welcome

welcome

Sunday, 28 September 2014

                                                              
KERTAS KERJA

KAJIAN TENTANG PELAJAR BERMASALAH 

1.0 PENGENALAN
Kajian ini dirangka khusus untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar bermasalah. Setiap hari kita akan disajikan dengan berita-berita kemerosotan tentang pelajar bermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah. Hal ini perlu diberi sepenuh perhatian supaya dapat mengatasi dan mengawal pelajar bermasalah di sekolah menengah untuk memelihara serta menerapkan nilai-nilai disiplin, supaya ia membantu meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran pelajar.

2.0 Rasional
Mengetahui faktor-faktor sebenar yang menyebabkan pelajar bermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah. Adalah diharapkan dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak sekolah mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pelajar bermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah.

3.0 OBJEKTIF
Kajian ini adalah merupakan satu kajian untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan faktor - faktor yang mempengaruhi berlakunya pelajar bermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar. Faktor – faktor yang dikenal pasti untuk dibuat kajian ialah pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya, pengaruh sikap pelajar, pengaruh guru dan pengaruh. Kajian ini juga untuk mengenal pasti faktor yang paling dominan yang menyebabkan pelajar bermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah.


4.0 Sasaran
Semua pelajar tingkatan satu


5.0 Dapatan kajian

Dilampirkan

6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, semua faktor  mempengaruhi pelajar bermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah. Persekitaran kelas merupakan faktor utama pelajar bermasalah. Seramai 74 pelajar menjawab YA untuk soalan no. 17 iaitu Kelas saya tidak ceria, kotor dan bising. Faktor kedua ialah, perwatakan guru. Seramai 72 pelajar menjawab YA untuk soalan no.5 iaitu saya bosan dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru di kelas dan faktor ketiga ialah peranan keluarga. Seramai 56 pelajar menjawab YA untuk soalan no. Soalan  15 iaitu Ibu bapa saya paksa saya datang ke sekolah



Disediakan oleh,

____________________
EN.SAIRAN BIN KASSAN

(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Saturday, 27 September 2014

SOAL SELIDIK PELAJAR UNLOCK STUDENT POENTIAL TINGKATAN SATU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TUAH , 
KAMPUNG LAPAN, BACHANG, MELAKA.
BIL
PERNYATAAN/  FAKTOR
TANDAKAN
1
Saya tinggal dalam keluarga yang bermasalah

2
Ibu dan bapa saya kerap bergaduh / bertengkar di rumah

3
Saya bosan dan tertekan tinggal di rumah

4
Saya malas datang sekolah

5
Saya bosan dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru di kelas

6
Saya berkawan  ramai dengan kawan yang tidak bersekolah  di luar

7
Ibu bapa saya tidak tahu  saya menghisap rokok

8
Saya sudah ada boy friend  /  girlfriend

9
Saya selalu tidur lewat

10
Saya suka melepak di siber kafe

11
Saya tiada kenderaan datang ke sekolah

12
Saya kerap lewat datang ke sekolah

13
Saya sukar nak faham apa yang guru ajar semasa dalam kelas

14
Keadaan di sekoloah dan dalam kelas  amat membosankan

15
Ibu bapa saya paksa saya datang ke sekolah

16
Saya selalu tidur dan rasa mengantuk semasa dalam kelas

17
Kelas saya tidak ceria, kotor dan bising

18
Kawan selalu menggangu saya semasa saya belajar dalam kelas

19
Ibu bapa saya tidak mengambil berat tentang persekolahan saya

20
Saya suka ponteng sekolah

21
Saya pernah tengok dan lihat gambar lucah

21
Saya pernah melakukan ringan-ringan dengan pasangan saya

22
Saya pernah minum minuman keras/ beer

23
Saya pernah mengambil dan menghidu gam

24
Saya pernah mengambil dadah

25
Saya sudah ada motorsikal sendiri

26
Saya suka melepak di luar rumah pada waktu malam

27
Saya pernah mencuri basikal, motorsikal dan lain-lain

28
Saya memang betul-betul nak berhenti sekolah

29
Saya sudah ada kerja part time  di luar

30
Saya dah ada  telefon  bimbit sendiri sebab mudah nak hubungi kawan








CADANGAN DARI SAYA
.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Permasalahan pelajar dan kaitanya Pelajar bermasalah

Soalan 1
Saya tinggal dalam keluarga yang bermasalah
Seramai 9 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan berada dalam keluarga yang bermasalah

Soalan 2
Ibu dan bapa saya kerap bergaduh / bertengkar di rumah
Seramai 7 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan tinggal bersama dengan ibu bapa yang sering bergaduh dan bertengkar dalam rumah

Soalan 3
Saya bosan dan tertekan tinggal di rumah
Pelajar rasa bosan tinggal di rumah seramai 28 orang  pelajar lelaki terlibat dan 19 orang pelajar perempuan

Soalan 4
Saya malas datang sekolah
Terdapat 13 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan  yang malas datang ke sekolah. Mereka ini adalah terdiri daripada pelajar yang bermasalah  belajar dan bermasalah.

Soalan 5
Saya bosan dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru di kelas
Seramai 9 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan  bosan dengan cara pengajaran guru di dalam kelas



Soalan 6
Saya berkawan  ramai dengan kawan yang tidak bersekolah  di luar
Seramai 23 orang pelajar  lelaki dan 11 orang pelajar perempuan mempunyai kawan yang  ramai dengan  mereka yang tidak bersekolah lagi

Soalan 7
Ibu bapa saya tidak tahu  saya menghisap rokok
Kebanyakkan ibu bapa tidak tahu anak mereka menghhisap rokok . Seramai 17 orang pelajar  lelaki
Dan 4 orang pelajar perempuan terlibat dalam menghisap rokok ini.

Soalan 8
Saya sudah ada boy friend  /  girlfriend
Seramai 29 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan sudah mempunyai boy / girl friend  di luar sana

Soalan 9
Saya selalu tidur lewat
Seramai 73 orang pelajar lelaki dan 25 orang orang pelajar perempuan selalu tidur lewat malam.
Soalan 10
Saya suka melepak di siber kafe
Seramai 15 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan yang suka melepak dan pergi ke siber kafe

Soalan 11
Saya tiada kenderaan datang ke sekolah
Seramai 15 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan yang tiada mempunyai kenderaan datang ke sekolah


Soalah 12
Saya kerap lewat datang ke sekolah
Seramai 22 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan yang kerapa lewat datang ke sekolah

Soalan  13
Saya sukar nak faham apa yang guru ajar semasa dalam kelas
Seramai 49 orang pelajar lelaki dan 23 orang pelajar perempuan  yang merasa sukar apa yang guru  ajar semasa di dalam kelas

Soalan  14
Keadaan di sekolah dan dalam kelas  amat membosankan
Seramai 23 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan yang terlibat dalam merasakan bosan keadaan dalam kelas dan dalam sekolah


Soalan  15
Ibu bapa saya paksa saya datang ke sekolah
Seramai 38 orang pelajar lelakai dan 16 orang pelajar perempuan  yang rasa terpaksa dan dipaksa oleh ibu dan bapa datang ke sekolah.

Soalan 16
Saya selalu tidur dan rasa mengantuk semasa dalam kelas
Seramai 43 orang pelajar lelaki  dan 16 orang pelajar perempuan selalu rasa mengantuk semasa belajar dalam kelas. Kebanyakkan mereka inilah yang menyumbang pelajar tidur dalam kelas samada semasa guru mengajar ataupun tidak.

Soalan 17
Kelas saya tidak ceria, kotor dan bising
Seramai 51 orang pelajar lelaki dan 23 orang pelajar perempuan  mengakui kelas mereka tidak ceria dan kotor. Inilah  salah satu factor yang menyebabkan gejala ponteng di kalangan pelajar tingkatan satu pada tahun ini.
Soalan 18
Kawan selalu menggangu saya semasa saya belajar dalam kelas
Seramai 42 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan mengakui kawan selalu banyak  membuat gangguan semasa mereka hendak belajar dalam kelas

Soalan 19
Ibu bapa saya tidak mengambil berat tentang persekolahan saya
Kebanyakkan ibu dan bapa pelajar mengambil berat tentang hal persekolahan anak-anak mereka. Dari dapatan ianya mewakili 4 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan

Soalan 20
Saya suka ponteng sekolah
Seramai 5 orang pelajar perempuan dan 1 orang pelajar perempuan mengakui mereka suka ponteng sekolah

Soalan 21
Saya pernah tengok dan lihat gambar lucah
Hal ini amat membimbangkan kerana seramai 27 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan pernah melihat dan menonton gambar lucah

Soalan  22
Saya pernah melakukan ringan-ringan dengan pasangan saya
Seramai 11 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan  mengakui mereka pernah melakukan ringan-ringan dengan pasangan mereka. Gejala ini juga banyak menyumbang kepada berlakunya kes ponteng di kalangan pelajar

Soalan 23
Saya pernah minum minuman keras/ beer
Seramai 4 orang pelajar lelaki  mengakui mereka pernah mengambil minuman keras

Soalan 24
Saya pernah mengambil dadah
Seramai  2 orang pelajar dari soal selidik ini mengakui  pernah mengambil dadah

Soalan  25
Saya sudah ada motorsikal sendiri
Seramai 25 orang pelajar lelaki dari soal selidik ini mengakui telah ada motorsikal sendiri. Ini juga banyak menyumbang kepada gejala ponteng dsekolah ini di kalangan pelajar

Soalan  26
Saya suka melepak di luar rumah pada waktu malam
Seramai 36 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan dari soal selidik  mengakui suka melepak di luar rumah pada waktu malam

Soalan 27
Saya pernah mencuri basikal, motorsikal dan lain-lain
Seramai 6 orang pelajar lelaki pernah terlibat dalam mencuri basikal, motorsikal dan lain-lain

Soalan 28
Saya memang betul-betul nak berhenti sekolah
Seramai 7 orang pelajar lelaki dari soal seliidik ini mengakui mereka memang nak berhenti sekolah. Mereka terpaksa datang ke sekolah  kerana paksaan ibu dan bapa mereka.

Soalan 29
Saya sudah ada kerja part time  di luar
Seramai 18 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan dari soal selidik  menyatakan telah ada kerja part time semasa di luar sekolah. Bila mereka penat maka hal ini juga menyumbang kepad gejala ponteng ini



Soalan 30
Saya dah ada  telefon  bimbit sendiri sebab mudah nak hubungi kawan
Seramai 78 orang pelajar lelaki dan 45 orang pelajar perempuan mengakui ada telefon bimbit sendiri.  Kebanyakkan mereka ini leka dengan telefon masin g-masing dan banyak menggangu dalam proses pembelajarn mereka dalam kelas.


Antara cadangan daripada pelajar
1.        Membuat tapak bumbung di tapak perhimpunan
2.       Tandas  di Surau lelaki dibuka balik
3.       Tandas perempuan dibersihkan pada setiap hari
4.       Membaiki lubang-lubang pagar di sekeliling sekolah
5.       Membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah
6.       Mengambil tindakan tegasterhadap pelajat kelas supaya lebih ceriar yang suka menggangu dan membuli pelajar lain
7.       Menyediakan tempat dan kawasan untuk pelajar merokok di sekolah
8.       Membenarkan pelajar balik awal jika ada hal
9.       Menyediakan perkidmatan internet untuk pelajar
10.   Mengambil tindakan terhadap pelajar yang sering ponteng sekolah
11.   Mengecat kelas supaya lebih ceria
12.   Menyediakan bilik darjah yang b erhawa dingin